Asrama SK Kuala Abai musnah terbakar
KOTA BELUD - Sebuah bangunan asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abai di sini musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Kuala Abai pada petang Jumaat.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu tiada mangsa dilaporkan cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Mohammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang.
Katanya, seramai sembilan anggotanya dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 12 kilometer dari balai bomba.
"Kebakaran melibatkan satu blok bangunan asrama pelajar sekolah terbakar 100 peratus.
"Namun ketika kejadian semua murid tidak berada di asrama kerana sudah pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Mohammad Syazwan berkata, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka.
"Api berjaya dikawal pada jam 8.18 malam sebelum operasi ditamatkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!