Belanjawan 2024 NS: Acuan Kerajaan Perpaduan wajar dijadikan contoh

 Mohd Zaidy. Ganbar kecil: Laporan Sinar Harian.
Mohd Zaidy. Ganbar kecil: Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SEREMBAN - Belanjawan 2024 Negeri Sembilan yang banyak memberi penekanan kepada kebajikan rakyat serta pembangunan sosial membuktikan acuan Kerajaan Perpaduan di negeri ini berjaya serta wajar dijadikan contoh.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, ia secara tidak langsung menzahirkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk terus membawa negeri ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

"Saya yakin dan percaya dengan kekuatan Kerajaan Perpaduan, setiap agenda yang dirangka oleh Menteri Besar ini dapat direalisasikan hasil kerjasama erat antara pimpinan Pakatan Harapan(PH) dan Barisan Nasional(BN) di Negeri Sembilan.

"Akhirnya, matlamat dan tujuannya adalah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang sentiasa menjadi fokus utama kepada setiap perancangan serta agenda negeri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain itu katanya, inisiatif-inisiatif kerajaan negeri untuk menarik kemasukan pelabur di negeri ini juga wajar dipuji kerana ia sudah semestinya akan memberi limpahan ekonomi yang baik khususnya kepada rakyat secara keseluruhannya.

"Belanjawan Negeri Sembilan kali ini sarat dengan agenda kemajuan negeri dan kebajikan rakyat yang digabungkan menerusi sembilan teras dan pengenalan Skim Sejahtera Rakyat sebagai strategi perlaksanaannya.

"Saya berharap setiap apa yang telah direncana dan dirancang akan mencapai matlamat serta tujuannya," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!