PRK Kemaman: 12 pasukan Op Cantas ditempatkan lokasi 'hot spot'

Mazli meninjau keadaan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail ketika proses mengundi untuk PRK Parlimen Kemaman yang berlangsung hari ini. - Foto Bernama
Mazli meninjau keadaan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail ketika proses mengundi untuk PRK Parlimen Kemaman yang berlangsung hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Polis Terengganu menggerakkan 12 pasukan Op Cantas di beberapa kawasan strategik bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berjalan lancar.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pasukan berkenaan ditempatkan di kawasan 'panas' bagi memastikan tiada sebarang gangguan.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit gangguan, tapi kita dapat uruskannya dengan baik hasil kerjasama semua agensi.

"Pihak kami juga mengerahkan 112 anggota trafik untuk menjaga dan melancarkan lalu lintas agar memudahkan semua pengundi sampai ke tempat mengundi dengan selamat, cepat serta boleh mengundi dalam keadaan selesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai pada Sabtu. Tambah Mazli, berdasarkan laporan diterima, semua pusat mengundi beroperasi dengan baik manakala pengundi juga sudah bergerak ke pusat mengundi masing-masing seawal jam 7.30 pagi.

"Kita minta semua pihak mematuhi undang-undang yang ada, tempoh kempen sudah habis dan hari ini mengundi.

"Beri peluang kepada semua agar dapat mengundi dalam keadaan selesa dan selamat," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!