MPK agresif banteras ancaman tikus
KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa agresif dalam mengadakan operasi membanteras tikus secara berjadual di kawasan yang mempunyai ancaman haiwan pembawa penyakit tersebut.
Dalam operasi bermula jam 6 petang sehingga 11 malam pada Khamis itu, sebanyak 83 perangkap tikus disediakan MPK di sekitar kawasan Jalan Tengku Kelana di sini.
MPK dalam satu kenyataan memaklumkan operasi berkenaan bertujuan untuk menangani dan mengurangkan masalah infestasi tikus dan kerosakan harta benda serta mengelakkan penularan penyakit di kawasan majlis terutamanya di premis makanan dan premis perniagaan.
"Selain itu, operasi juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan seterusnya dapat mengurangkan populasi tikus.
"Jumlah perangkap dipasang sebanyak 83 perangkap dan tangkapan diperoleh dalam operasi adalah sebanyak 19 ekor tikus," katanya.
Tambah kenyataan itu, operasi turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Azmi Muji dan Ahli Majlis Kawasan, Yugarajah Palanisamy.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!