MPAJ terima tiga pengiktirafan MIP

Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad (tengah) bersama kakitangan MPAJ bergambar bersama sijil selepas tiga program komunitinya memenangi tiga anugerah daripada Malaysian Institute Of Planners sempena MyPlace Award.

A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima tiga pengiktirafan Malaysian Institute of Planners (MIP) dalam Majlis MyPlace Award 2023 di Petaling Jaya pada Jumaat malam.

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihak berkuasa tempatan itu menerima Anugerah Nilam bagi kategori Lorong Belakang dan Lorong Bahu Jalan menerusi projek Lorong Ampang Mampan.

Selain itu, PBT itu juga menerima Anugerah Nilam bagi kategori Pertanian Bandar daripada projek Kebun Komuniti Pendidikan MPAJ (Kebun Komuniti Ceria Indah).

Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad (tiga dari kanan) bergambar bersama kakitangan MPAJ.
Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad (tiga dari kanan) bergambar bersama kakitangan MPAJ.

“Dalam pada itu, MPAJ turut menerima pengiktirafan pemenang khas bagi kategori Pertanian Bandar menerusi Kebun Komuniti Kitar Semula MPAJ (Kebun Komuniti Cemara),” kata MPAJ dalam kenyataan di Facebooknya.

Terdahulu sebanyak lapan projek telah dihantar bagi menyertai pertandingan tersebut sebelum tiga daripada projek berkenaan mendapat pengiktirafan sempena majlis berlangsung.

MyPlace Awards 2023 anjuran MIP diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan pihak berkaitan dalam usaha menambah baik kawasan awam yang memberi dampak positif kepada komuniti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!