61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
MOSCOW - Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Oktober lepas kini mencecah seramai 61 orang, menurut kenyataan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), lapor Sputnik.
"Pada 1 Disember, laporan awal CPJ mendapati daripada seramai 16,000 orang yang terbunuh sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lepas, termasuk sekurang-kurangnya 61 wartawan dan petugas media,” menurut CPJ.
Pada 7 Oktober sahaja enam wartawan maut manakala pada 18 November lima dilaporkan terbunuh. - Bernama-Sputnik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!