PRK Kemaman: Pusat pengundian ditutup, penjumlahan undi bermula

Fatin Syafiqah Rosli, 32, menjadi pengundi terakhir yang menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Chukai.
Fatin Syafiqah Rosli, 32, menjadi pengundi terakhir yang menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Chukai.
A
A
A

CHUKAI - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang bermula sejak 8 pagi tadi, selesai selepas 49 pusat pengundian ditutup pada 6 petang.

Semua peti undi dari 49 pusat mengundi melibatkan 244 saluran mengundi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini, sebelum keputusan rasmi diumumkan, dijangka pada 9 malam ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi yang direkodkan setakat 4 petang ialah 60 peratus daripada 141,043 pengundi pengundi berdaftar.

Sebelum ini 387 anggota Polis Diraja Malaysia dan enam anggota tentera yang sepatutnya mengundi awal pada 28 Nov, diarah melaksanakan undi secara pos bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Manakala, pada 28 Nov lepas, proses pengundian awal tetap dijalankan di Balai Polis Kijal, di sini melibatkan hanya tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan Che Alias Hamid daripada Pas, pada Pilihan Raya Umum Ke-15. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!