Piala Malaysia: Tiket pemain ke-12 Terengganu habis terjual

No Image Caption
A
A
A

BARISAN pemain ke-12 bakal menghadirkan sokongan penuh buat Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia susulan tiket bagi pasukan mereka telah habis dijual.

Terengganu bakal ke final Piala Malaysia dengan sasaran untuk kembali bergelar juara bagi kejohanan tertua Asia itu apabila kali terakhir melakukannya pada tahun 2001.

Namun mereka bakal berdepan ujian getir apabila bertemu juara Liga Super 10 kali berturut-turut serta penyandang juara Piala Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Di sebalik ranjau yang bakal dihadapi, mereka bakal diperkuat pemain ke-12 apabila tiket untuk pasukan Pantai Timur itu telah habis dijual sebentar tadi.

No Image Caption

Difahamkan sebanyak 78,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 telah diperuntukkan kepada setiap kelab untuk dijual kepada penyokong masing-masing.

Harga tiket bagi perlawanan tersebut juga masih kekal seperti perlawanan akhir Piala FA tempoh hari iaitu dengan General Admission berharga RM50 dan RM70, Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200.

Dimaklumkan oleh pihak Tickethotline kesemua tiket online bagi GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 untuk penyokong Terengganu FC telah habis terjual. - stadiummastro

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!