Perak teroka industri tanaman kopi

Saarani (dua dari kanan) mencuba sendiri kaedah penyediaan minuman kopi ketika melawat reruai pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.
Saarani (dua dari kanan) mencuba sendiri kaedah penyediaan minuman kopi ketika melawat reruai pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak berhasrat untuk menerokai industri baharu penanaman kopi bagi memenuhi keperluan pasaran terhadap minuman tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Perak mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar kopi sekali gus memberi pulangan ekonomi kepada petani dan usahawan.

"Lagi ramai menggemari kopi maka lebih ramai orang boleh berniaga kopi. Apabila ramai yang berniaga minuman itu, mereka perlukan biji kopi.

Saarani (tengah) bersama Salbiah melawat reruai yang menjual kopi pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.
Saarani (tengah) bersama Salbiah melawat reruai yang menjual kopi pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.

"Kita lihat ada pengusaha terpaksa import kopi dari luar negara termasuk Vietnam. Jika bekalan bahan mentah bergantung dari luar negara, ia sangat bahaya seperti Ukraine sebelum ini telah menjejaskan bekalan gandum.

"Kopi dilihat boleh ditanam di negara ini. Sarawak dikenali sebagai pengeluar lada hitam kenapa tidak kalau di Perak menjadi negeri pengeluar kopi," katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed.

Artikel Berkaitan:

Saarani (kanan) melawat salah sebuah reruai yang disediakan pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.
Saarani (kanan) melawat salah sebuah reruai yang disediakan pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.

Saarani berkata, perkara itu memberi isyarat kepada Jabatan Pertanian Perak untuk melihat potensi bagi negeri dalam mengeluarkan kopi sendiri.

"Kalau kita boleh tanam kopi sendiri, kita beri ruang kepada petani untuk tambah pendapatan. Mereka ada getah, kelapa sawit, kelapa dan durian, kenapa tidak tambah satu lagi produk pertanian iaitu biji kopi.

"Ini adalah satu percubaan untuk kita memperluaskan pasaran kopi. Kadang-kadang orang susah hendak tanam kerana tiada pasaran tetapi sekarang sudah ada," katanya.

Saarani bersama pengusaha kopi yang menyertai Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.
Saarani bersama pengusaha kopi yang menyertai Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Ipoh.

Tambah beliau, kerajaan negeri serius untuk merealisasikan usaha tersebut.

"Saya akan minta Salbiah dan Datuk Mohd Zolkafly Harun (Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri) untuk membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Exco," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!