Percaturan FAM cetus impak positif ranking Harimau Malaya

Hannah bersama pemain pasukan yang menyertai Kejuaraan Bola Sepak Junior Antarabangsa Royal Selangor Club-Datuk Chu Ah Nge pada Sabtu.
Hannah bersama pemain pasukan yang menyertai Kejuaraan Bola Sepak Junior Antarabangsa Royal Selangor Club-Datuk Chu Ah Nge pada Sabtu.
A
A
A

KEJAYAAN skuad bola sepak negara untuk berada di kedudukan 130 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuktikan segala perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencetuskan impak positif.

Malah menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ia termasuk tindakan badan induk bola sepak negara melantik pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon untuk mentransformasikan skuad negara.

“Saya lihat dalam tempoh setahun (sejak dilantik Menteri Belia dan Sukan) ini penglibatan Pan Gon telah menunjukkan hasilnya,” katanya selepas melancarkan Kejuaraan Bola Sepak Junior Antarabangsa Royal Selangor Club-Datuk Chu Ah Nge kali ke-17 pada Sabtu.

Hannah beramah mesra bersama para pemain pasukan yang menyertai Kejuaraan Bola Sepak Junior Antarabangsa Royal Selangor Club-Datuk Chu Ah Nge.
Hannah beramah mesra bersama para pemain pasukan yang menyertai Kejuaraan Bola Sepak Junior Antarabangsa Royal Selangor Club-Datuk Chu Ah Nge.

Sesawang www.fifa.com sebelum ini memuat naik maklumat status pasukan negara mengumpul keseluruhan 1,122.87 mata untuk meningkat daripada kedudukan ke-137 dunia yang dihuni sejak 26 Oktober lalu.

Perkembangan positif itu diraih Harimau Malaya kendalian Pan-gon dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada 16 November diikuti Taiwan 1-0 (21 November).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!