Mangsa banjir cecah 2,094 di Kelantan

Air dari Sungai Golok mulai melimpah ke kawasan Pusat Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Rantau Panjang. - Foto pembaca
Air dari Sungai Golok mulai melimpah ke kawasan Pusat Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Rantau Panjang. - Foto pembaca
A
A
A

RANTAU PANJANG - Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 2,094 orang dengan jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,820 orang pada Sabtu.

Penduduk di Kampung Tersang di sini, Nor Hisyam Abdullah, 36, berkata, setakat ini bot menjadi pengangkutan utama penduduk untuk keluar masuk.

Menurutnya, laluan utama iaitu melibatkan jalan Rantau Panjang Lama, Tersang ke Jeram Perdah hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat dan pacuan empat roda sahaja.

Anggota APM Unit Rantau Panjang membuat tinjauan di Kampung Jeram Perdah pada Sabtu. - Foto APM
Anggota APM Unit Rantau Panjang membuat tinjauan di Kampung Jeram Perdah pada Sabtu. - Foto APM

"Jika hujan berterusan, saya tidak menolak kemungkinan kawasan ini akan terputus hubungan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, peningkatan agak cepat itu disebabkan Sungai Lancang menjadi 'pusat pengumpulan' air dari Batu Hampar di Tok Uban, Kalbox Lima dan Sungai Golok.

Ujarnya, kesemua penduduk di kawasan perkampungan itu sudah berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh.

Artikel Berkaitan:


Laluan utama iaitu melibatkan jalan Rantau Panjang Lama, Tersang ke Jeram Perdah hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda dan berat sahaja. - Foto pembaca
Laluan utama iaitu melibatkan jalan Rantau Panjang Lama, Tersang ke Jeram Perdah hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda dan berat sahaja. - Foto pembaca

Sementara itu, menurut Info Bencana JKM setakat jam 9.40 malam, kesemua mangsa itu terdiri daripada 644 keluarga.

Selain Pasir Mas, Bachok menempatkan 221 mangsa, Tanah Merah (22), Kota Bharu (19) dan Machang (12).

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi tahap amaran apabila mencatatkan paras 10.33 meter.

Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 2,094 orang dengan jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,820 orang pada Sabtu.
Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 2,094 orang dengan jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,820 orang pada Sabtu.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu juga melepasi paras amaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!