Penyampai TV Israel mohon maaf gelar rakyat Indonesia pengganas

Shai Golden memohon maaf kepada warga Indonesia. - Agensi
Shai Golden memohon maaf kepada warga Indonesia. - Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Penyampai televisyen Israel, Shai Golden menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Indonesia selepas dia menjadi sasaran serangan netizen dari negara itu.

Golden membuat permohonan maaf itu menerusi akaun TikTok Ashai_golden selepas menggelar rakyat Indonesia sebagai pengganas.

Sebelum ini, Golden mendakwa rumah keluarganya dipecah masuk beberapa individu tidak dikenali dan memberitahu bahawa penyiasat Israel mengesyaki ia dilakukan oleh pengganas warga Indonesia.

Susulan tuduhan membabi buta itu, akuan Instagram Shai Golden dihujani makian daripada netizen Indonesia.

"Saya mohon kepada seluruh warga Indonesia untuk berhenti menghentam, saya dengan kata-kata kesat di akaun rasmi saya.

"Isteri dan keluarga saya agak terganggu. Saya mohon maaf atas semua yang telah saya lakukan," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!