England intai trofi Euro 2024

Southgate. - Foto EPA.
Southgate. - Foto EPA.
A
A
A

ENGLAND optimis menjadi antara pasukan berpotensi selaku pencabar untuk merangkul kejuaraan Euro 2024 setelah diundi dalam kumpulan 'mudah' menjelang saingan berprestij Eropah itu di Jerman tahun depan.

Keyakinan itu diluahkan oleh pengurusnya, Gareth Southgate yang bertekad untuk membawa The Three Lions meraih gelaran utama yang pertama sejak Piala Dunia 1966.

England diundi dalam Kumpulan C bersama Denmark, Slovenia dan Serbia pada kejohanan yang akan bermula Jun 2024.

“Mereka diletakkan harapan. Mereka sudah biasa bermain dalam pertandingan besar bersama-sama. Jadi kami teruja dan semua menantikan kejohanan itu,” ujar Southgate.

England yang menghuni ranking ketiga dunia dilihat menjadi pencabar utama untuk memenangi Euro bersama Perancis, pasukan yang menyingkirkan mereka dalam saingan suku akhir Piala Dunia Qatar tahun lalu.

“Kami ketiga terbaik dunia. Kami berada dalam kelompok lima teratas selama lima tahun. Pemain menunjukkan aksi konsisten jadi saya rasa mereka sudah biasa dengan tekanan dan situasi itu,” ujar Southgate.

Menerusi sentuhan Southgate, England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018.

Dalam saingan Euro pula, The Three Lions kalah dalam aksi final edisi 2020 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali dan kemudian tewas 1-2 kepada Perancis dalam saingan lapan terakhir di Qatar tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada kempen kelayakan Euro 2024, England mengungguli Kumpulan C di hadapan Itali melakar rekod tanpa kalah apabila menang enam aksi dan dua kali seri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!