'Tahniah kepada Pas, UMNO akur kekalahan di Kemaman' - Wan Rosdy

WAN ROSDY. - Foto Bernama.
WAN ROSDY. - Foto Bernama.
A
A
A

KUANTAN - UMNO akur dengan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu.

Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kekalahan itu diterima dengan hati terbuka kerana rakyat Kemaman telah membuat keputusan.

"Tahniah kepada Pas atas kemenangan dan kita (UMNO) akur dengan kekalahan ini" katanya mengulas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRK Kemaman itu.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang ditemui media selepas merasmikan Pusat 4S Chery Malaysia di kawasan perindustrian Semambu, di sini pada Ahad.

Pada PRK Kemaman, calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tewas kepada calon Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220 undi.

Ahmad Samsuri memperoleh 64,998 undi berbanding 27,778 diperoleh Raja Mohamed Affandi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!