Hannah kongsi detik setahun terajui KBS

Hannah - Foto Bernama
Hannah - Foto Bernama
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkongsi reformasi dan beberapa pencapaian yang berjaya dilakukan dalam tahun pertama menerajui kementerian tersebut.

Beliau meluahkan rasa begitu komited menjalankan tanggungjawab bagi memastikan bidang tersebut terus berjaya dan berusaha melakukan sebaik mungkin untuk ekosistem sukan di Malaysia.

“Hari ini (Ahad) genap setahun sejak saya diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan.

“Bekerja setiap hari seolah-olah ia adalah hari terakhir saya di Putrajaya. 365 hari berlalu, berusaha melakukan reformasi yang akan mengubah ekosistem untuk kepentingan kita bersama,” catat beliau menerusi Facebooknya pada Ahad.

Malah Ahli Parlimen Segambut itu turut meluahkan rasa beruntung mempunyai pasukan yang menakjubkan di KBS.

“Saya mempunyai pasukan yang hebat di KBS, cukup bersemangat untuk melakukan perubahan positif. Terima kasih kepada Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Ketua Setiausaha KBS, Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan pegawai-pegawai di pejabat saya atas usaha dan visi yang dijalankan,” katanya.

Hannah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin dan berkhidmat.

Dalam tempoh setahun Hannah berjaya merakyatkan sukan dan fasiliti KBS, memperkukuhkan ekosistem sukan serta memperkasakan belia Madani.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan yang berjaya dikecapi termasuk membuka fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil kepada acara sekolah secara percuma, pelepasan cukai RM1,000 meliputi perbelanjaan sukan bermula 2024.

Malah KBS di bawah kepimpinan Hannah turut menyediakan geran padanan sukan RM40 juta untuk persatuan menganjurkan kejohanan meningkatkan prestasi atlet.

Hannah turut menubuhkan jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam misi negara meraih pingat emas pertama Olimpik yang melibatkan dua kitaran iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Selain itu, kementerian turut memberi bantuan RM5 juta setiap tahun kepada Majlis Belia Malaysia dan badan gabungan, mewujudkan klinik kesihatan wanita pertama untuk atlet dan banyak lagi demi manfaat atlet serta rakyat Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!