Gempa bumi kuat 6.4 skala Richter landa Mindanao, Filipina
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 6.36 petang Ahad.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Mindanao pada 10.37 malam semalam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!