Gaza umpama neraka di dunia

Kediaman penduduk Palestin terus dibedil rejim Zionis di bawah kempen genosid yang diperhebatkan di seluruh wilayah Gaza.
Kediaman penduduk Palestin terus dibedil rejim Zionis di bawah kempen genosid yang diperhebatkan di seluruh wilayah Gaza.
A
A
A

GENTING GAZA - Rejim Zionis melancarkan kempen pengeboman ganas dua hari berturut-turut pada Sabtu selepas jeda kemanusiaan selama tujuh hari di Genting Gaza berakhir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran serangan bertalu-talu itu akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di wilayah terkepung tersebut.

“Neraka di dunia kembali di Gaza,” ujar jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di Geneva, Jens Laerke.

Seorang kanak-kanak menangis ketika melihat ibunya yang cedera tidak sedarkan diri diusung kakitangan perubatan.
Seorang kanak-kanak menangis ketika melihat ibunya yang cedera tidak sedarkan diri diusung kakitangan perubatan.

Peperangan yang kembali sengit turut mencetuskan kebimbangan Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths.

“Ramai dilaporkan terbunuh dan cedera dalam tempoh beberapa jam. Keluarga yang hilang tempat tinggal diarah berpindah lagi.

"Harapan untuk melihat konflik ini ditamatkan musnah sama sekali,” katanya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilaporkan memperhebatkan serangan mereka melalui udara, unit kereta kebal dan dari arah laut yang menyaksikan seluruh wilayah dari utara ke selatan dihujani peluru tanpa henti.

Artikel Berkaitan:

Beberapa kanak-kanak yang cedera dalam serangan di Deir al-Balah dirawat di Hospital al-Aqsa.
Beberapa kanak-kanak yang cedera dalam serangan di Deir al-Balah dirawat di Hospital al-Aqsa.

Agensi berita Wafa melaporkan sasaran utama kempen genosid itu adalah di bandar selatan Khan Yunis.

Selain itu, ia turut membedil beberapa kawasan di Deir al-Balah di tengah Gaza dan kediaman penduduk Palestin di al-Tawam, Sheikh Radwan, Jabalia dan Beit Lahia di utara wilayah tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!