[VIDEO] 10kg putu halba laris ketika banjir

A
A
A

RANTAU PANJANG - Banjir memberi rezeki kepada seorang peniaga apabila putu halba yang dijualnya laris hingga 10 kilogram (kg) sehari di pekan Rantau Panjang di sini.

Azizah Abdul Rahman, 53, berkata, dia baru dua minggu menjual kuih tersebut sambil dibantu dua anaknya, Aisal Zailani, 18, dan Siti Nur Hafifi, 16.

Menurutnya, ini kali pertama dia berniaga dalam keadaan banjir yang memaksanya membawa barangan jualan di atas bot kerana laluan sejauh 50 meter dari rumah ke gerai sudah dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Azizah menyiapkan putu halba yang ditempah pelanggan.
Azizah menyiapkan putu halba yang ditempah pelanggan.

“Air baru naik petang semalam (Sabtu) dan saya masih lagi meneruskan jualan dengan menambah daripada 5kg kepada 10kg adunan putu halba.

“Jualan ini akan habis sebelum Asar atau lebih cepat lagi apabila hujan kerana ramai yang datang membeli putu halba,” katanya ketika ditemui di pekan Rantau Panjang di sini, pada Ahad.

Ujar Azizah, walaupun gerai itu terletak di tempat yang lebih tinggi, dia tetap berwaspada dan akan berhenti berniaga jika air terus naik.

Artikel Berkaitan:

Azizah (kanan) dibantu Siti Nur Hafifi (kiri) berniaga putu halba walaupun kawasan di sekitar gerainya dinaiki air.
Azizah (kanan) dibantu Siti Nur Hafifi (kiri) berniaga putu halba walaupun kawasan di sekitar gerainya dinaiki air.

Tambahnya, dia turut bersiap sedia untuk naik ke atas loteng rumah jika paras banjir lebih tinggi kerana terletak hanya 200 meter dari Sungai Golok.

“Buat masa ini, air naik perlahan tetapi tetap berhati-hati kerana bimbang jika air sungai naik mendadak.

“Banjir di kawasan ini berlaku setiap tahun, namun saya tidak pernah berpindah kerana sudah menyiapkan loteng untuk tinggal di atasnya,” ujar Azizah.

Azizah menunjukkan putu halba yang dijual di pekan Rantau Panjang.
Azizah menunjukkan putu halba yang dijual di pekan Rantau Panjang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!