Pelanggan MR D.I.Y. menang hadiah wang tunai RM10,000

Pemenang Kejohanan ‘Bounce & Bingo’ MR. D.I.Y bergambar kenangan kejohanan itu yang diadakan di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall pada 25 November lalu.
Pemenang Kejohanan ‘Bounce & Bingo’ MR. D.I.Y bergambar kenangan kejohanan itu yang diadakan di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall pada 25 November lalu.
A
A
A

SELEPAS pertarungan sengit selama dua jam yang melibatkan bola ping pong dan bingo, pasangan suami isteri dari Johor muncul sebagai juara Kejohanan Bounce & Bingo MR D.I.Y., sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Moey Yen Ying dan Ng Boon Pin dari Johor menewaskan 15 pasukan lain dari seluruh Malaysia untuk merebut gelaran juara dalam kejohanan itu yang diadakan di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall pada 25 November lalu.

Pasangan itu menewaskan pasukan Sabah dalam pusingan pertama, pasukan Melaka dalam suku akhir, dan pasukan Selangor dalam separuh akhir sebelum meraih kemenangan dalam kejohanan tersebut apabila menentang pasukan Putrajaya dengan membentuk bingo dalam masa 17 saat.

Yen Ying berkata, kemenangan itu seperti mimpi dan mereka berterima kasih kepada yang menyokong dan MR D.I.Y. kerana menganjurkan 'Bounce & Bingo'.

"Kami agak gugup pada mulanya tetapi perlahan-lahan mendapat momentum dan semakin tenang selepas beberapa pusingan.

“Kami akan berbelanja lebih banyak di MR D.I.Y. pada masa akan datang. Buat masa ini, kami tidak sabar untuk membawa ahli keluarga kami makan besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejohanan permainan peringkat kebangsaan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM25,000 termasuk wang tunai, baucar tunai, piala, dan pingat.

Yen Ying dan Boon Pin yang mewakili Johor membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan piala manakala naib juara iaitu pasukan dari Putrajaya yang merupakan dua sahabat, Ahmad Daud Abdul Manan dan Rashid Mat Rani turut membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan piala.

Artikel Berkaitan:

Pemenang tempat ketiga pula adalah pasangan suami isteri dari Selangor, Mohd Khairul Anuar Isa dan Nur Ikmal Ibrahim Bakri yang membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM3,000.

Selain itu, hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM500 setiap satu turut disampaikan kepada 13 pasukan lain dari Sarawak, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang, dan Labuan.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, MR D.I.Y. menganjurkan kejohanan permainan itu kali pertama dan mendapat sambutan positif dengan lebih dari 5,000 penyertaan bagi peringkat pertama kejohanan yang diadakan pada 3 hingga 5 November lalu.

“Kami gembira kerana kejohanan ini telah menarik begitu ramai rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, termasuk peserta termuda kami, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Kedah yang berjaya ke peringkat akhir.

“Semua finalis kami hari ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang cemerlang walaupun sengit. Sebagai penganjur, kami berbangga dengan semua peserta dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong Bounce & Bingo',” katanya.

Alex Goh berkata, banyak lagi kejohanan permainan akan diatur pada masa akan datang kerana respons yang diterima sangat memberangsangkan.

"Melalui kejohanan permainan ini, kami ingin menjadikan kunjungan para pelanggan ke MR. D.I.Y. lebih menyeronokkan dan bermakna supaya kami dapat menambah nilai dalam kehidupan mereka,” katanya.

‘Bounce & Bingo’ diadakan bertujuan untuk menggalakkan keluarga di Malaysia bekerjasama dan bergembira ketika bermain permainan yang mudah sambil berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!