Lima lelaki termasuk Datuk dituduh edar dadah

Lima individu berkenaan diiringi polis di Mahkamah, pada Isnin.
Lima individu berkenaan diiringi polis di Mahkamah, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima lelaki termasuk seorang berstatus 'Datuk' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dalam bentuk serbuk dan pil.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Pasir Gudang, 27 November lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dibuat di hadapan Majistret R. Salini kerana dua daripada tertuduh merupakan warganegara Myanmar dan tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin.

Bagi pertuduhan pertama, mereka dituduh mengedar dadah dalam bentuk serbuk dengan anggaran berat kasar 22.5 kilogram (kg), di sebuah rumah tidak bernombor di Pasir Gudang, pada 27 November 2023 lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua suspek susulan dua daripada mereka merupakan warganegara Myanmar dan memerlukan khidmat jurubahasa bagi memahami pertuduhan tersebut.

Atas pertuduhan tersebut mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB), 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua kesemua suspek dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin atas tiga pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis pil MDMA dengan anggaran berat kasar 368 gram (g), di sebuah rumah tidak bernombor di Pasir Gudang, pada 27 November 2023 lalu.

Artikel Berkaitan:

Atas pertuduhan tersebut mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB), 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka dituduh mengedar dadah dalam bentuk serbuk dengan anggaran berat kasar 673 gram, di sebuah rumah tidak bernombor di Pasir Gudang, pada 27 November 2023 lalu.

Atas pertuduhan tersebut mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB), 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwaraya, Siti Fatimah Mamu mencadangkan tarikh 23 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes, laporan kimia selain kehadiran jurubahasa bagi tertuduh warga Myanmar berkenaan dan ia dipersetujui oleh peguam kesemua tertuduh, Mohd Hamizi Mohd Yusof.

Majistret R. Salini kemudiannya menetapkan tarikh 23 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia selain kehadiran jurubahasa bagi tertuduh warga Myanmar berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!