10kg putu halba laris dalam banjir
BERITA MOJO 4 DISEMBER 2023
Banjir memberi rezeki kepada seorang peniaga apabila putu halba yang dijualnya laris hingga 10 kilogram (kg) sehari di pekan Rantau Panjang, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Ibu tunggal, Azizah Abdul Rahman yang berusia 53 tahun, baru dua minggu menjual kuih musim bah tersebut sambil dibantu dua anaknya selain kali pertama berniaga dalam keadaan banjir di pekan berkenaan.
Azizah juga terpaksa mengangkut barangan jualannya menggunakan kerana laluan sejauh 50 meter dari rumah ke gerai tempat dia berniaga sudah dinaiki air setinggi 0.5 meter.
“Air baru naik petang semalam (Sabtu) dan saya masih lagi meneruskan jualan dengan menambah daripada 5kg kepada 10kg adunan putu halba.
“Jualan ini akan habis sebelum Asar atau lebih cepat lagi apabila hujan kerana ramai yang datang membeli putu halba,” katanya ketika ditemui di pekan Rantau Panjang di sini, pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637897/edisi/kelantan/10kg-putu-halba-laris-ketika-banjir
Muzik: Elevate/bensound.com