Tentera Israel tembak dua ambulans di Gaza
ISTANBUL/AMMAN - Tentera Israel menembak dua ambulans di Semenanjung Gaza yang dikepung pada lewat Ahad menyebabkan tiga orang cedera.
Bulan Sabit Merah Palestin dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.
Selain itu, tentera Israel mengebom rumah satu keluarga warga Jordan di Semenanjung Gaza pada hari yang sama.
Kementerian Luar Jordan mengesahkan seorang rakyatnya maut manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat, sejurus selepas tamat jeda kemanusiaan selama seminggu,
Sejak itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 509 rakyat Palestin terbunuh dan 1,316 lagi cedera dalam serangan udara Israel. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!