Sorok minyak masak peket, jual kepada warga asing

Pegawai KPDN Perak menemukan minyak masak peket yang disorok peniaga dalam pemeriksaan kedai runcit di Chemor. Foto: ihsan KPDN Perak
Pegawai KPDN Perak menemukan minyak masak peket yang disorok peniaga dalam pemeriksaan kedai runcit di Chemor. Foto: ihsan KPDN Perak
A
A
A

IPOH - Tindakan sebuah premis enggan menjual minyak masak bersubsidi kepada pembeli mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di Desa Chepor Indah dekat Chemor pada Ahad.

Serbuan pada jam 12.04 tengah hari itu dilakukan hasil aduan orang awam berikutan peniaga terbabit menyorok barang kawalan itu dan menjual kepada warga asing.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pasukan bertindak melakukan penyamaran menerusi Op Samar melakukan uji beli minyak masak peket.

Pegawai KPDN Perak menjalankan pemeriksaan terhadap premis yang menjual minyak masak peket kepada warga asing di Chemor. Foto: ihsan KPDN Perak
Pegawai KPDN Perak menjalankan pemeriksaan terhadap premis yang menjual minyak masak peket kepada warga asing di Chemor. Foto: ihsan KPDN Perak

Menurut beliau, penjual tersebut memaklumkan minyak masak dipremisnya sudah habis dijual.

"Curiga dengan peniaga tersebut, pasukan penguat kuasa bertindak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas kedai runcit tersebut.

"Hasil pemeriksaan berjaya menemui sebanyak lima kotak minyak masak peket sekilogram yang diletakkan tepi kaunter dan di belakang premis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Kamalludin berkata, seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis gagal memberikan jawapan jelas terhadap tindakannya menyorok barang kawalan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Pemantauan yang dilakukan ke atas premis mendapati kedai runcit yang beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 9 malam ini sering dikunjungi oleh warga asing.

"Tindakan sitaan telah dilakukan ke atas 90 peket minyak minyak masak serta salinan lesen runcit barang kawalan (CSA), salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM) dan dokumen yang berkaitan dianggarkan berjumlah RM225," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16A(1)(b) iaitu enggan menjual barang kawalan kecuali dengan kebenaran Pengawal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!