Rumah, kereta, dua motosikal musnah dalam kebakaran
KLANG - Sebuah rumah, kereta dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Delek, di sini, pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.26 tengah hari.
"Seramai 19 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Andalas dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B serta sebuah kereta musnah terbakar sebanyak 70 peratus dan dua buah motosikal musnah 100 peratus," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.
Jelasnya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!