Dua juruterbang tentera India maut pesawat latihan terhempas

Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad. - Foto: Agensi
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Dua juruterbang Tentera Udara India terbunuh apabila pesawat latihan yang mereka naiki terhempas di selatan India pada Isnin.

Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

"IAF mengesahkan kedua-dua juruterbang dalam pesawat maut. Tiada kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa orang awam dilaporkan,” menurut tentera udara.

"Jawatankuasa penyiasat telah diarah untuk mengenal pasti punca nahas,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!