Kastam Bangladesh rampas lebih 600 jongkong emas
![Kastam Bangladesh menemui 640 jongkong emas yang disembunyikan dalam kotak kayu di ruang kargao Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal kelmarin. -Foto Agensi](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/12/29/574859.jpg)
DHAKA - Pegawai kastam di lapangan terbang terbesar Bangladesh di bandar Kurmitola merampas 640 jongkong emas seberat 64 kilogram, kata pegawai.
Jongkong emas terbabit dianggarkan bernilai 32 juta Taka (kira-kira RM1.5 juta) dan disembunyikan dalam sebuah kotak kayu di ruang kargo import, Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal.
Penemuan jongkong emas itu terbongkar selepas pegawai kastam melakukan pemeriksaan sejurus menerima maklumat berhubung pengisytiharan palsu pada jam 10 malam (waktu tempatan) semalam.
Laporan Dhaka Tribune yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam, Sulaiman Saif menyebut, ia adalah rampasan emas terbesar tahun ini.
Sulaiman berkata, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung rampasan tersebut setakat ini. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!