Gesa PDRM tangkap penyokong Israel
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk menangkap seorang individu dipercayai penyokong tegar Israel yang mencadangkan supaya negara itu membuka kedutaan di Malaysia.
Pemilik akaun Wan Hasifi Amin atau @drhasifi berkata, individu berkenaan perlu dilucutkan kerakyatan kerana didakwa sering menyebarkan propaganda Zionis.
“Sila buat laporan polis beramai-ramai terhadap dia. Boleh jadi dia mendapat bayaran daripada Israel untuk menormalisasikan Israel di Malaysia, sehingga mencadangkan Israel membuka kedutaan di Malaysia.
“Google sahaja nama dia terus jumpa... dia rupanya mengasaskan gerakan untuk cinta Israel.
“Sila buat laporan terhadap individu ini secara beramai-ramai,” katanya dalam hantaran di X pada Isnin.
Mengulas lanjut, menurut Wan Hasifi, terdapat video lelaki terbabit bersama seorang pempengaruh Israel didakwa sebagai warga Malaysia tetapi langsung tidak memaparkan identiti itu di blog kepunyaannya.
Tambahnya, individu itu turut mengasaskan gerakan untuk menyokong Israel.
“Sah! Dia merupakan seorang Zionis dan menggelarkan dirinya sebagai ‘Zionist and Chinese Republican’.
“Individu seperti ini tidak layak memegang kerakyatan Malaysia,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!