Berita pilihan Mei 2019

A
A
A

1. Usia bukan penghalang Nana kahwin lelaki muda (3,302,263 bacaan)

PENYANYI, Siti Nordiana tidak dapat menepis takdir seandainya dijodohkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar.

Menurut Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali Nana, peminat suka melihat apabila mereka rapat apatah lagi jika bersatu hingga ke jannah.

2. 'Tidak ada bos sebaik Allahyarham' (3,168,276 bacaan)

TUMPAT - Pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, turut memberi kesan terhadap 55 pekerjanya kerana usahawan itu disifatkan sebagai majikan yang sering menjaga kebajikan pekerjanya.

Pekerjanya, Mohd Mahzam Ismail,23, berkata, walaupun Allahyarham tegas dalam urusan kerja tetapi dia seorang majikan yang sangat baik dan pemurah.

Artikel Berkaitan:

3. ‘Arwah wasiat jaga perniagaan’ (2,652,794 bacaan)

KOTA BHARU - Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah berpesan agar empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik. Pesanan itu dibuat beberapa bulan sebelum kematiannya.

Wasiat itu dikongsikan adik kelima Allahyarham, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Faizul, Allahyarham mahukan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan adik-beradiknya menguruskan perniagaan secara bersama sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepadanya.

4. Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand (1,871,162 bacaan)

TUMPAT - Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi.

Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.

5. Polis sahkan Siti Kharina, suspek sewa kondominium bersama (1,068,278 bacaan)

SHAH ALAM - Polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Siti Kharina Mohd Kamarudin telah menyewa bersama Ketua Jururawat Hospital Serdang itu di unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mereka berdua menyewa bersama sejak Januari lalu di unit kondominium itu yang juga lokasi mayat Siti Kharina ditemukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan