Al Hilal kekal rekod tanpa kalah

Penyerang Al Hilal, Abdullah al-Hamdan mengawal bola ketika menentang pasukan Nassaji Mazandaran. - Foto AFP
Penyerang Al Hilal, Abdullah al-Hamdan mengawal bola ketika menentang pasukan Nassaji Mazandaran. - Foto AFP
A
A
A

Al HILAL menamatkan kempen kumpulan Liga Juara-Juara Asia mereka tanpa kalah dengan kemenangan 2-1 di tempat sendiri menentang pasukan Iran, Nassaji Mazandaran pada Selasa.

Naib juara tahun lalu itu sudah pun layak ke pusingan 16 terakhir sebagai pemenang Kumpulan D dan menyaksikan pengendali pasukan, Jorge Jesus meletakkan ramai pemain utama di bangku simpanan seperti Aleksandar Mitrovic serta pemain tengah, Sergej Milinkovic-Savic.

Ruben Neves juga tidak disenaraikan selain bintang Brazil Neymar diketepikan dalam sebahagian besar saingan musim ini selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dan meniskus di lutut kirinya semasa tugasan antarabangsa pada Oktober.

Bagaimanapun, Al Hilal hanya memerlukan empat minit untuk mendahului menentang Nassaji Mazandaran di Stadium Putera Faisal bin Fahd, apabila pemain sayap Michael menyudahkan hantaran silang rendah Mohammed Al Breik.

Al Hilal yang menggantikan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou pada separuh masa, menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-54 hasil percubaan pemain Terbaik Asia Salem Al Dawsari.

Mitrovic dan Milinkovic-Savic dimasukkan pada minit ke-60, namun Nassaji Mazandaran berjaya merapatkan kedudukan 13 minit sebelum tamat perlawanan menerusi daripada Mahmoud Ghaed Rahmati.

Dalam perlawanan lain kumpulan D, Navbahor dari Uzbekistan menempah tempat ke peringkat 16 terakhir dengan kemenangan 2-1 menentang Mumbai City di Pune.

Dalam pada itu, Al Ittihad menamatkan Kumpulan C dengan kemenangan 2-1 menentang Sepahan Iran di Mekah.

Artikel Berkaitan:

Bekas pemain sayap Celtic, Jota meledak gol kemenangan untuk juara Saudi tersebut yang mengalu-alukan kembali pemain antarabangsa Mesir, Ahmed Hegazy daripada kecederaan jangka panjang.

10 pemenang kumpulan dan enam pasukan terbaik tempat kedua mara ke pusingan kalah mati, bermula pada Februari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!