68 maut akibat tanah runtuh di utara Tanzania

Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania. - Foto Bernama
Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania. - Foto Bernama
A
A
A

DAR ES SALAAM - Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Queen Sendiga, pesuruhjaya wilayah Manyara yang dilanda bencana berkata, seramai 116 penduduk dilaporkan cedera setakat Isnin.

Sepasukan 350 pakar penyelamat daripada tentera dikerah untuk menyelamatkan mangsa lain.

Sendiga berkata hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di Gunung Hanang pada pagi Ahad.

Bandar Katesh yang terletak di kaki gunung itu antara kawasan terjejas teruk.

Sementara itu, Presiden Tanzania Samia Suluhu Hassan berkata, kerajaan akan menanggung kos pengebumian mangsa. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!