Komik integriti usaha beri kesedaran banteras rasuah

Mudirah (lima dari kiri) bersama-sama ahli Pemadam dan penuntut SPKI menziarahi salah seorang penerima pada Program Ziarah Kasih dan Sumbangan Deepavali, baru-baru ini.
Mudirah (lima dari kiri) bersama-sama ahli Pemadam dan penuntut SPKI menziarahi salah seorang penerima pada Program Ziarah Kasih dan Sumbangan Deepavali, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 15 ahli keluarga Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Daerah Petaling dan orang awam menerima komik integriti pada Program Ziarah Kasih dan Sumbangan Deepavali, baru-baru ini.

Bendahari Pemadam Negeri Selangor, Mudirah Muhammad Nor berkata, penyerahan komik itu sebagai usaha memberi kesedaran dan pendedahan tentang aspek integriti.

Menurutnya, program itu turut melibatkan penuntut Sijil Profesional Kepimpinan Integriti (SPKI) kerjasama antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Kita berharap pengedaran komik ini dapat memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama membanteras rasuah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mudirah yang juga Ketua Jabatan Integriti dan Governans MBI (JIG MBI) berkata, kira-kira 500 komik itu telah diserahkan kepada kakitangan MBI termasuk anak syarikatnya serta orang awam.

Mudirah (duduk dua dari kiri) bergambar bersama ahli dan aktivis Pemadam pada Program Ziarah Kasih dan Sumbangan Deepavali, baru-baru ini.
Mudirah (duduk dua dari kiri) bergambar bersama ahli dan aktivis Pemadam pada Program Ziarah Kasih dan Sumbangan Deepavali, baru-baru ini.

"Sebanyak 300 komik integriti telah diserahkan kepada warga kerja MBI pada pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) yang disempurnakan MB (Menteri Besar) Selangor, (Datuk Seri Amirudin Shari) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 November lalu," ujarnya.

Mengulas mengenai program itu, Mudirah memberitahu, seramai lima ahli Pemadam dan 10 orang awam keturunan India menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai

Artikel Berkaitan:

"Program bertempat di komuniti Serdang Jaya ini bertujuan menziarahi ahli keluarga Pemadam yang sakit dan berpendapatan rendah," ujarnya.

Beliau berkata, sumbangan itu disampaikan Pengurus Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri DUN Seri Serdang, Mohd Fauzi Jaafar.

Majlis turut dihadiri Exco Pemadam Kebangsaan, Hashim Merana, penyumbang kerusi roda, Lee Kok Heng serta Penyelia Program Modul Integriti Komuniti, Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, ahli Pemadam Negeri Selangor dan penuntut SPKI.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!