Astro tawar aksi final Piala Malaysia dalam kualiti 4K, Dolby Atmos

Para peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan final Piala Malaysia antara JDT dan TFC pada Jumaat ini dalam paparan 4K UHD serta kualiti audio daripada Dolby Atmos.
Para peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan final Piala Malaysia antara JDT dan TFC pada Jumaat ini dalam paparan 4K UHD serta kualiti audio daripada Dolby Atmos.
A
A
A

PARA peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada Jumaat ini dalam paparan Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD) serta kualiti audio daripada Dolby Atmos.

Selaku rakan penyiar rasmi Liga Malaysia, Astro menyiarkan siaran langsung perlawanan tersebut dengan paparan dan kualiti audio yang dinyatakan di saluran khas, Saluran 806 UHD dan Saluran 799 HD.

Pelanggan Pek Sukan Astro dan Pek Liga Malaysia akan mendapat akses ini secara percuma dan boleh menikmati pengalaman terbaik menonton dengan Astro Ultra Box. Untuk makluman, paparan 4K UHD menawarkan kualiti dan butiran lebih jelas empat kali ganda lebih tinggi daripada Definisi Tinggi (HD).

Menerusi Saluran 799 HD, ia merupakan satu platform interaktif yang ditawarkan Astro buat para peminat bola sepak untuk mengundi pemain kegemaran yang ingin dilihat dengan lebih dekat dan jelas melalui teknologi “playercam” yang akan digunakan pada perlawanan itu nanti.

Menurut Astro, ini merupakan julung kalinya menyiarkan siaran langsung aksi sukan tempatan khususnya perlawanan Piala Malaysia dalam paparan 4K UHD sekali gus mencipta sejarah siaran langsung dalam arena sukan tanah air.

Sebelum ini, Astro hanya menyiarkan paparan 4K UHD untuk sukan antarabangsa sahaja seperti Piala Dunia FIFA, UEFA EURO, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan lain-lain lagi.

Sementara itu, siaran langsung perlawanan yang akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ini juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena 801 serta Astro Arena Bola 803 dengan sepak mula dijadualkan pada jam 9 malam.

Pada masa sama, Astro memaklumkan pengulas bola sepak yang sedang meningkat naik, Wan Khairil Azwa akan menemani penonton sepanjang berlangsungnya perlawanan tersebut selaku pengulas bersama-sama bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!