Hukuman lelaki langgar Syed Danial hingga mati, Khamis ini
BERITA MOJO 5 DISEMBER 2023
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan pada Khamis untuk hukuman sabitan bekas pekerja teknologi maklumat (IT) yang menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Julia Ibrahim menangguhkan keputusan itu selepas peguam, Wee Chong Keong yang mewakili Yew Wei Liang, memaklumkan pihak pembelaan memerlukan masa untuk bersedia dengan hujahan rayuan, bagi mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya.
Sebelum ini, pada 22 Ogos 2019, Wei Ling yang bekerja dalam bidang IT, didakwa membunuh Syed Muhammad Danial yang juga pengurus bank, di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos tahun sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Muzik: Evolution/bensound.com
#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini