MPKj roboh garaj, stor simpanan haram

Operasi meroboh ini disertai seramai 60 orang kakitangan MPKj dari pelbagai jabatan.
Operasi meroboh ini disertai seramai 60 orang kakitangan MPKj dari pelbagai jabatan.
A
A
A

KAJANG - Sebanyak lima garaj kereta dan stor simpanan barang yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah rezab jalan 6/5G, Seksyen 6 Bandar Rinching Semenyih di sini dirobohkan pada Selasa.

Operasi merobohkan garaj itu dilakukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) selepas individu terbabit tidak mengendahkan arahan yang meminta menanggalkan struktur berkenaan.

MPKj dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan seramai 60 anggota MPKj dari pelbagai jabatan termasuk agensi teknikal terlibat dalam operasi bersepadu yang dijalankan.

Aktiviti meroboh garaj berjalan dengan lancar dan terkawal.
Aktiviti meroboh garaj berjalan dengan lancar dan terkawal.

"Operasi ini disertai seramai 60 orang kakitangan MPKj dari pelbagai jabatan dan dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.

"Operasi berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dan aktiviti meroboh garaj berjalan dengan lancar dan terkawal," kata kenyataan itu di laman rasmi media sosial MPKj pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!