Bank pusat Rusia halang pekerja guna IPhone, IPad

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
MOSCOW - Bank pusat Rusia, Bank of Russia tidak membenarkan pekerjanya menggunakan IPhone dan IPad untuk urusan kerja mulai 25 Disember, lapor Sputnik pada Selasa.

"Mulai 25 Disember, pekerja tidak lagi boleh menggunakan peranti mudah alih Apple untuk urusan kerja mereka.

"Bank of Russia juga tidak akan membeli telefon pintar dan tablet dari syarikat ini," menurut sumber memetik arahan Gabenor Bank of Russia Elvira Nabiullina. - Bernama.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!