Jovian, Nina Sabrina umum cerai selepas 10 tahun berkahwin

Jovian mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Nina Sabrina selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Jovian mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Nina Sabrina selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
A
A
A

PEREKA fesyen terkenal dan usahawan, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara tersebut dimaklumkan Jovian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

Menurutnya, keputusan untuk menamatkan perkahwinan tersebut telah disepakati bersama Nina Sabrina malah ia akan kekal menjadi persahabatan seumur hidup.

"Pada Ogos lalu, kami memutuskan untuk berpisah kerana percaya ini yang terbaik dan sebagai ibu bapa, kebahagiaan anak kekal menjadi keutamaan.

Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 14 Disember 2013 di Muzium Diraja, Istana Negara Lama.
Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 14 Disember 2013 di Muzium Diraja, Istana Negara Lama.

"Alhamdulillah, kami dah buat yang terbaik. Kasih sayang terhadap keluarga dan ibu bapa juga tidak berubah. Kita yakin dengan perancangan ALLAH SWT.

"Sepanjang sedekad lalu, ramai yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dan harap anda semua masih menyokong kami seperti biasa," katanya.

Sebelum ini, Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 14 Disember 2013 di Muzium Diraja, Istana Negara Lama.

Artikel Berkaitan:

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.

Jovian dan Nina Sabrina dikurniakan seorang cahaya mata Jeanelle Nika.
Jovian dan Nina Sabrina dikurniakan seorang cahaya mata Jeanelle Nika.

Tambah Jovian, walaupun berpisah, mereka masih dalam keadaan yang baik dan tidak membenci antara satu sama lain.

"Semalam, semasa siaran langsung di TikTok, saya tersentuh dengan komen orang ramai mengenai kami sebagai pasangan.

"Percayalah, apa sahaja yang ada lihat di media sosial kami selama empat bulan lalu adalah nyata.

Tangkap layar gambar yang dimuat naik Jovian di Instagram pada Selasa.
Tangkap layar gambar yang dimuat naik Jovian di Instagram pada Selasa.

"Terima kasih atas doa semua. Kami akan memulakan lembaran baru yang berasingan selepas ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!