Kanak-kanak hilang lebih sebulan, rupanya ada di rumah jiran

Muhammad Khairul Ikhwan
Muhammad Khairul Ikhwan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan selamat selepas lebih sebulan dilaporkan hilang di kawasan perumahan Desa Mentari dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berumur 11 tahun itu ditemukan berada di rumah jirannya di flat yang sama.

"Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid, 11, ditemui di sebuah rumah seorang warga emas di salah satu blok flat di lokasi berkenaan.

"Ibu bapa kanak-kanak ini telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka pada 24 November lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Muhammad Khairul Ikhwan
Muhammad Khairul Ikhwan

Katanya, siasatan mendapati kanak-kanak ini selalu keluar rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.

"Kanak-kanak ini dipercayai sering tiada di rumah, dia dipercayai tidak balik ke rumah sejak 26 Oktober namun laporan dibuat lewat iaitu sekitar 24 November.

"Setakat ini polis telah merakam keterangan beberapa individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan berhubung kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

November lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak dipercayai hilang setelah keluar daripada rumah dalam kejadian di perumahan Desa Mentari di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!