Tarik sokongan ahli Parlimen, tunjuk keadaan politik tidak stabil - Noor Azleen

Noor Azleen - Foto Facebook Noor Azleen Ambros
Noor Azleen - Foto Facebook Noor Azleen Ambros
A
A
A

JOHOR BAHRU - Situasi berbalas kenyataan mengenai usaha meraih sokongan ahli Parlimen antara kerajaan dan pembangkang memberi gambaran negatif tentang keadaan politik negara yang tidak stabil.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, usaha untuk meraih sokongan ahli Parlimen disifatkan sebagai perang psikologi yang tidak sihat kerajaan dan pembangkang.

"Keadaan harus dihentikan secara serta-merta oleh ahli politik tanpa mengira parti supaya tidak melarat dan tidak lagi berpanjangan kerana akan menyebabkan rakyat berada dalam keadaan paling rugi.

"Ini kerana keadaan berbalas kenyataan serta serangan persepsi ini menghantar isyarat bahawa keadaan politik negara sedang berada dalam keadaan tidak stabil dan akan kembali terumbang-ambing," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Justeru katanya, Pemuda UMNO Johor berpandangan pemain politik baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang perlu menyumbang kepada usaha mengatasi masalah harian rakyat.

"Pemuda UMNO Johor menegaskan isu menarik sokongan ahli Parlimen ini bukan sesuatu yang rakyat hendak lihat dan dimahukan.

"Sebaliknya rakyat hendak melihat bagaimana pemain-pemain politik menyumbang secara konstruktif dan berkesan, bertukar-tukar idea dan pandangan tentang bagaimana isu serta permasalahan harian yang sedang dihadapi rakyat terbanyak dapat diselesaikan secara efektif," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!