Aduan nampak harimau minum air berasas - Perhilitan

Dakwaan nelayan darat di sini yang melihat seekor harimau belang minum air di tebing Sungai Pahang berhampiran Batu Sawau Kampung Serengkam di sini pada Selasa adalah berasas.- Gambar hiasan
Dakwaan nelayan darat di sini yang melihat seekor harimau belang minum air di tebing Sungai Pahang berhampiran Batu Sawau Kampung Serengkam di sini pada Selasa adalah berasas.- Gambar hiasan
A
A
A

MARAN - Dakwaan nelayan darat melihat seekor harimau belang sedang minum air di tebing Sungai Pahang berhampiran Batu Sawar Kampung Serengkam di sini yang tular di media sosial pada Selasa didapati berasas.

Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, terdapat kesan tapak harimau yang dijumpai sama saiz dengan penemuan kesan tapak di Kampung Belembung, Senggora di sini pada hari sama.

Menurutnya, kawasan kejadian berhampiran dengan hutan simpan.

"Jarak antara kedua-dua lokasi aduan lebih kurang lima kilometer dan kita mengambil tindakan dengan melakukan siasatan, pemantauan serta (memberi) khidmat nasihat.

"Berdasarkan pemantauan terkini, harimau ini telah bergerak ke hutan simpan berdekatan habitat asalnya," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketua kampung dan komuniti sekitar lokasi aduan telah diberikan peringatan agar sentiasa menjaga keselamatan dan melaporkan segera kepada Perhilitan Maran jika ada sebarang serangan terhadap ternakan dan manusia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!