'Saya tak cerai, isteri salah faham' - Azlan Komeng

AZLAN KOMENG
AZLAN KOMENG
A
A
A

PELAKON dan pelagak ngeri, Azlan Komeng menjelaskan salah faham yang timbul apabila isterinya, Nur Nilam Ortiz mendakwa sudah diceraikan baru-baru ini.

Jelas Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, isterinya yang dinikahi pada 22 Januari 2022 kurang memahami bahasa Melayu pasar kerana berdarah kacukan Thailand di sebelah ibu dan bapanya pula berasal dari Sepanyol.

Katanya, mereka juga bergaduh bukan disebabkan kehadiran orang ketiga, sebaliknya kerana berbincang mengenai perniagaan.

"Kami sekarang mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan ketika berbincang mengenai idea tercetus pertengkaran.

"Jadi saya kata: kau ikut jalan kau, aku ikut jalan aku, dan saya terus keluar dari rumah. Sebenarnya saya keluar rumah untuk redakan pertengkaran, tetapi isteri saya sangka sudah diceraikan," katanya.

Azlan turut memohon maaf atas tindakan melulu isterinya yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial.
Azlan turut memohon maaf atas tindakan melulu isterinya yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial.

Azlan menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonannya, Anak Perjanjian Syaitan 2 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Azlan, disebabkan sedang marah, Nilam bertindak berkongsi perkara itu di sosial media sebaik dia bertindak keluar rumah.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun dia menjelaskan lafaz yang dibuat terhadap Nilam dan turut membawa isterinya merujuk perkara tersebut di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehari selepas kejadian iaitu pada 30 November lalu.

"Perkara ini bukan boleh buat main-main. Saya orang Johor, belajar di sekolah agama. Hakim dengar pun dia ketawa kerana saya tidak berniat melafazkan cerai dan itu juga tidak dikira sebagai lafaz cerai.

"Malah saya juga sudah tegaskan pada Nilam tidak ada kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga kami dan saya sendiri kalau boleh mahu perkahwinan ini menjadi perkahwinan terakhir buat saya.

"Jadi saya mohon maaf bagi pihak isteri kerana dia terlalu cepat membuat interpretasi," jelasnya.

Terdahulu, Nur Nilam Ortiz memaklumkan sudah diceraikan Azlan menerusi satu perkongsian video di TikTok dan mendakwa wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!