Rapid KL lanjut waktu operasi sempena sambutan tahun baru

Perkhidmatan Rapid KL akan dilanjutkan bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2020, esok.
Perkhidmatan Rapid KL akan dilanjutkan bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2020, esok.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi memenuhi permintaan orang ramai sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2020, Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd akan melanjutkan waktu perkhidmatan mereka esok.

Menerusi kemaskini di laman Facebook rasmi mereka, Rapid KL memaklumkan lanjutan tempoh perkhidmatan itu melibatkan 13 stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel dan Bas Rapid Transit (BRT).

Katanya, pelaksanaan ini juga melibatkan 14 laluan bas Rapid KL dan bas perantara MRT.

"Perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi melibatkan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, Laluan Monorel Kuala Lumpur dam BRT Laluan Sunway," katanya.

Dalam pada itu, Rapid KL berkata, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Katanya, bagi perkhidmatan bas terdapat beberapa laluan akan turut melanjutkan waktu perkhidmatannya.

"Rapid KL menyarankan warga ibu kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama berdekatan kawasan terlibat dengan penganjuran sambutan tahun baru," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!