Onn Hafiz, Rozi Mamat dilantik Pengerusi UMNO Johor, Terengganu

Onn Hafiz (kiri), Rozi Mamat
Onn Hafiz (kiri), Rozi Mamat
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO melantik Datuk Rozi Mamat dan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pengerusi badan perhubungan yang baharu di Terengganu serta Johor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut berkuat kuasa serta-merta pada hari ini.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

“Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Rozi Mamat yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada bekas pengerusi badan perhubungan bagi kedua-dua negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ahmad Said yang banyak berjasa dalam parti tersebut.

“Saya mewakili keluarga besar UMNO juga, ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin UMNO Johor serta UMNO Terengganu selama ini.

“Semoga dapat meneruskan usaha memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa, agama serta tanah air dapat diteruskan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!