Perjanjian pertukaran tahanan Ukraine, puak pemisah pro-Rusia

575089
575089
A
A
A

KRAMATORSK - Ukraine dan puak pemisah pro-Moscow di wilayah negara itu melaksanakan pertukaran tahanan di bawah perjanjian dicapai bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin pada awal bulan lalu.

"Ia adalah langkah yang hebat, saya sangat gembira," kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky selepas menyambut ketibaan 76 bekas tahanan termasuk 12 anggota tentera di Lapangan Terbang Boryspil berhampiran Kiev semalam.

Kepulangan mereka turut disambut ahli keluarga masing-masing.

Antara mereka yang dibebaskan adalah dua wartawan, Stanislav Aseyev dan Oleg Galazyuk yang menyumbangkan berita untuk Radio Free Europe/Radio Liberty yang dibiayai Amerika Syarikat (AS).

Di bawah perjanjian itu, Ukraine turut membebaskan 127 bekas tahanan kepada Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk.

Awal bulan lalu, Zelenskiy dan Putin bertemu pemimpin Perancis serta Jerman sebagai usaha untuk menyambung semula proses damai yang menjadi titik pemisahan utama antara Rusia dan Barat.

Sebelum ini, AS dan Kesatuan Eropah (EU) menuduh Kremlin mencetuskan konflik hingga mereka berdepan sekatan ekonomi hingga kini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!