Zayn Rayyan dibunuh: Keluarga serah kepada polis jalankan siasatan

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - 'Kami serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat'.

Demikian reaksi beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa ketika ditanya berkaitan kejadian yang menimpa kanak-kanak autisme, Rayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia dipercayai dibunuh.

Individu berkenaan yang enggan mengulas lanjut berkaitan tragedi itu meminta agar keluarga mereka diberikan ruang sepenuhnya untuk menghadapi kejadian ini.

"Saya minta maaf, tak dapat nak ulas lanjut, biar polis yang siasat berkaitan perkara ini, saya minta maaf," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Hujan renyai mengiringi pengebumian Allahyarham yang turut dihadiri lebih 200 ahli keluarga selain kenalan.
Hujan renyai mengiringi pengebumian Allahyarham yang turut dihadiri lebih 200 ahli keluarga selain kenalan.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!