PSM mohon maaf isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
A
A
A

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia berikutan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang kurang memuaskan bagi aksi final kejuaraan tertua negara itu pada Jumaat.

Menerusi kenyataan media pada Khamis, PSM turut memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara, terutamanya pasukan Johor Darul Ta'zim FC dan Terengganu FC.

“PSM juga memohon maaf kepada penyokong-penyokong kedua-dua pasukan.

Laporan Sukan Sinar 5 Disember lalu.
Laporan Sukan Sinar 5 Disember lalu.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert kumpulan Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu,” katanya.

Pada masa sama, PSM memberi jaminan komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara-acara di stadium tersebut pada masa hadapan.

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan teka-teki menjelang final Piala Malaysia, Harimau Selatan dan skuad Penyu pada Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

Laporan Sukan Sinar 7 Disember lalu.
Laporan Sukan Sinar 7 Disember lalu.

Ia selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar terkini keadaan padang Stadium Nasional yang masih dalam proses baik pulih selepas rosak akibat konsert kumpulan Coldplay, baru-baru ini.

Situasi itu mencetuskan persoalan sama ada ia benar-benar bersedia untuk aksi final berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!