Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut

Ismanira dan Zaim Ikhwan ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh pada Khamis. Zayn Rayyan (kanan).
Ismanira dan Zaim Ikhwan ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh pada Khamis. Zayn Rayyan (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Polis masih menyiasat punca kecederaan pada leher yang dialami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin susulan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada Khamis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan menjurus kepada punca sebenar kematian mangsa.

"Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa, dan beberapa bahagian tubuh lain.

"Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan secara langsung sama ada kesan tersebut berpunca daripada jerutan atau apa-apa yang mengakibatkan kematian mangsa kerana ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan merakam semula keterangan ibu bapa Zayn Rayyan susulan hasil bedah siasat yang dijalankan itu.

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

"Kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa semula berkaitan kejadian berkenaan.

"Selain itu, pasukan khas turut ditubuhkan untuk menjalankan siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!