Jasa Merin ringankan beban asnaf

Hamidah (tengah) menyampaikan sumbangan zakat pada salah seorang penerima pada Majlis Agihan Bantuan Zakat di Intan Kampus Wilayah Timur.
Hamidah (tengah) menyampaikan sumbangan zakat pada salah seorang penerima pada Majlis Agihan Bantuan Zakat di Intan Kampus Wilayah Timur.
A
A
A

KEMAMAN - Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd (Jasa Merin) membantu meringankan beban seramai 101 asnaf dari sekitar daerah menerusi wakalah zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta sumbangan lain berjumlah RM86,400.

Pegawai Maidam Daerah (Zon Selatan), Hamidah Ab Latif berkata, dana zakat itu merupakan sumbangan melalui skim Potongan Zakat Berjadual kakitangan Jasa Merin.

"Seramai 101 ketua isi rumah dari kalangan asnaf di Kemaman menerima zakat tersebut.

Barisan pengurusan Maidam dan Jasa Merin bersama penerima asnaf pada Majlis Agihan Bantuan Zakat di Intan Kampus Wilayah Timur.
Barisan pengurusan Maidam dan Jasa Merin bersama penerima asnaf pada Majlis Agihan Bantuan Zakat di Intan Kampus Wilayah Timur.

"Mereka menerima wang tunai antara RM600 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah ahli isi rumah.

"Kita berterima kasih dan amat menghargai kerjasama erat antara agensi korporat yang terlibat, sekali gus diharapkan ia membuka lebih banyak peluang asnaf untuk menerima sumbangan pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Agihan Bantuan Zakat di Intan Kampus Wilayah Timur (INTIM), Geliga di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Hamidah (tengah) bersama Mohd Noor Ismardi (kanan) pada Majlis Agihan Bantuan Zakat di Intan Kampus Wilayah Timur.
Hamidah (tengah) bersama Mohd Noor Ismardi (kanan) pada Majlis Agihan Bantuan Zakat di Intan Kampus Wilayah Timur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jasa Merin, Mohd Noor Ismardi Idris berkata, sumbangan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban penduduk setempat yang berdepan masalah kewangan.

Katanya, menerusi inisiatif yang disediakan oleh Maidam, organisasi swasta dapat bersama-sama membantu meringankan beban golongan terlibat yang dibelenggu peningkatan kos sara hidup.

Mengulas lanjut, Mohd Noor Ismardi berkata, pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan oleh Jasa Merin termasuk Majlis Penyerahan Zakat dengan kolaborasi bersama Maidam yang julung kali diadakan.

"Secara tidak langsung program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara pihak Maidam dan syarikat di samping membuka peluang berinteraksi serta bekerjasama dalam menjayakan program pada masa hadapan.

"Kita juga sangat berbesar hati sekiranya majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya agihan zakat dapat terus disalurkan kepada mereka yang layak," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!