22 pembaharuan hanya dalam tempoh sembilan bulan

A
A
A

KBS mengorak langkah membangun serta menyediakan ekosistem sukan yang terbaik kepada segenap lapisan rakyat Malaysia.
KBS mengorak langkah membangun serta menyediakan ekosistem sukan yang terbaik kepada segenap lapisan rakyat Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus mengorak langkah membangun serta menyediakan ekosistem sukan yang terbaik kepada segenap lapisan rakyat di negara ini.

Selaras dengan misi membentuk negara yang sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan, KBS terbukti telah menunjukkan prestasi terbaik di bawah kepimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli Abdul Halim selaku Menteri dan Timbalan Menteri.

Komitmen KBS dalam memperkasakan sukan negara dapat diterjemahkan menerusi 22 pembaharuan yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh sembilan bulan bermula Disember 2022 hingga September 2023.

Pencapaian pembaharuan yang berjaya dilaksanakan oleh KBS itu merangkumi empat aspek meliputi;

- Memperkukuhkan ekosistem sukan;

- Merakyatkan sukan;

Artikel Berkaitan:

- Memperkasakan belia; dan

- Merakyatkan fasiliti KBS.

Memperkukuhkan ekosistem sukan

KBS berusaha menentu cara semula pembangunan sukan di negara ini dengan pelaksanaan 12 usaha antaranya dengan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC) pada Jun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pembentukan HLC khusus untuk membincangkan isu-isu berkaitan sukan tempur, renang dan olahraga serta keperluan untuk mengamalkan pendekatan menyeluruh pembangunan sukan membabitkan kerjasama menyeluruh daripada KBS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

HANNAH YEOH
HANNAH YEOH

Pada masa sama, di bawah aspek ini juga, KBS turut memudahcarakan penganjuran acara sukan bermula Mac tahun ini.

Malah, KBS turut melonggarkan syarat penganjuran acara sukan bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti sukan diadakan. KBS telah mengumumkan bahawa semua acara sukan tempatan yang dianjurkan oleh persatuan dan kelab sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan.

Di samping itu, KBS turut meningkatkan 51 kepada 103 jenis sukan Berdasarkan peruntukan Seksyen 37 Akta 576, KBS mengemas kini senarai di bawah Jadual Pertama melalui Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023.

Selain itu, KBS turut mengklasifikasikan sukan tempur sebagai aktiviti sukan di sekolah serta membantu dalam konservasi Harimau Malaysia dengan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KBS turut menyediakan panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat serta pemain industri sukan elektronik (e-sukan) dengan melancarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG). NESDEG berperanan menyokong Pelan Strategik Sukan Elektronik KBS 2020-2025. Usaha KBS turut disemarakkan lagi dengan menubuhkan Jawatankuasa ‘Road to Gold’ bagi menyelaraskan matlamat Malaysia meraih pingat emas di temasya Sukan Olimpik.

Dipengerusikan bersama oleh Hannah dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr Norza Zakaria, jawatankuasa itu mengambil kira penyediaan struktur rangka kerja jangka panjang dan kaedah pelaksanaan meliputi Olimpik Paris 2024 dan Olimpik Los Angeles 2028.

Malah, jawatankuasa ini turut bekerjasama dengan Program Podium sedia ada dengan tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara selain memberi lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara.

Usaha KBS itu turut dilanjutkan dengan penganjuran ‘KBS Open Day’ pada setiap bulan sebagai langkah mengurangkan birokrasi dan membolehkan orang ramai mendapatkan kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian.

Pada Mac 2023, KBS memperkenalkan Kod Sukan Selamat yang menjadi garis panduan untuk mewujudkan persekitaran sukan selamat yang menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan.

Selari dengan prinsip kebertangungjawaban dan integriti, KBS melancarkan laman web untuk memaparkan semua maklumat berhubung jumlah pembiayaan yang dipohon oleh persatuan sukan kebangsaan serta program yang dilaksanakan berdasarkan pembiayaan yang diluluskan.

Selain itu, KBS juga berjaya membentuk Jawatankuasa Pertikaian Sukan pada Julai 2023, KBS turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pertikaian Sukan (SDC) untuk mendengar dan menyelesaikan konflik yang berkaitan dengan ahli pertubuhan sukan serta pertubuhan sukan itu sendiri.

Merakyatkan sukan

Bagi aspek merakyatkan sukan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa kementeriannya telah melaksanakan empat perkara iaitu mewujudkan direktori fasiliti sukan.

“Direktori ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai untuk mengenal pasti kemudahan bersesuaian dan berdekatan kerana ia akan menyenaraikan fasiliti tersedia untuk digunakan orang ramai," katanya dalam sidang media di Menara KBS baru-baru ini.

Tambahnya lagi, KBS turut melaksanakan program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang yang menawarkan kelas renang percuma kepada kanak-kanak golongan B40 bagi mengurangkan kejadian lemas. Setakat 27 November 2023, program KLAS telah dijalankan di 168 lokasi seluruh negara dengan sasaran 5,760 peserta bagi fasa kedua.

Selain itu, KBS turut memperbanyakkan Program Skrin Besar serta Jualan Sukan Rahmah. Jualan Sukan Rahmah yang merupakan kesinambungan program Payung Rahmah khusus untuk menjadikan barangan sukan lebih mampu milik.

Langkah itu bertujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih besar dalam kemudahan sukan dan rekreasi.

KBS turut melaksanakan pembaharuan dengan mengklasifikasikan sukan tempur sebagai aktiviti sukan di sekolah.
KBS turut melaksanakan pembaharuan dengan mengklasifikasikan sukan tempur sebagai aktiviti sukan di sekolah.

Malah, KBS turut menganjurkan tayangan skrin besar untuk memberi akses kepada orang ramai menikmati acara sukan secara langsung sambil memupuk minat bersukan di kalangan generasi muda. Sehingga 27 November tahun ini, sebanyak 175 lokasi telah diadakan tayangan skrin besar dengan penyertaan 50,211 orang.

Memperkasakan Belia

Selaras dengan pemerkasaan golongan belia, KBS turut memberi nafas baharu kepada inisiatif program Rakan MUDA dengan 10 gaya hidup sebagai platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan belia berumur 15 hingga 30 tahun. Ketika ini, seramai satu juta belia menyertai program Rakan MUDA di seluruh negara.

Selain itu, KBS telah melancarkan program Sekolah Rukun Negara bagi menyemarakkan kefahaman dan pengetahuan demokrasi terhadap golongan belia.

Dimulakan sejak Januari lalu, seramai 106,152 peserta telah menyertai program Sekolah Rukun Negara setakat 27 November yang diselaraskan oleh Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Modul program Sekolah Rukun Negara itu meliputi literasi mengenai Perlembagaan Persekutuan, Parlimen, proses pilihan raya, prinsip Rukun Negara, pilihan raya dan kerajaan tempatan.

Merakyatkan fasiliti KBS

Pada masa sama, KBS meningkatkan taraf fasiliti bagi merakyatkan program sukan dan belia. Usaha ini dilaksanakan dengan membuka fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia untuk tujuan penganjuran acara sukan dan belia yang mana sebanyak 193 tempahan telah dibuat setakat 27 November 2023.

Usaha ini termasuklah melancarkan Inisiatif ‘1 Sukan, 1 Fasiliti’ pada Ogos lalu bagi mewujudkan tempat latihan kekal untuk persatuan sukan kebangsaan dengan matlamat membangunkan prestasi dan bakat dalam sukan.

Selain itu, KBS turut menyediakan penginapan Youth Capsule @ IYC Residence khusus untuk belia yang menjalani latihan industri, sedang mencari tempat tinggal, mencari pekerjaan atau belia yang bekerja tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.

Malah, inisiatif melalui agensinya, i-LEAD itu menawarkan tapak Kem Wawasan untuk menggalakkan Perkhemahan Keluarga. Langkah in bertujuan untuk menggalakkan keluarga meluangkan masa berkualiti bersama sama sambil mempromosikan keseimbangan kehidupan bekerja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!