KHSB jenama semula identiti korporat

Amirudin (tengah) bergambar bersama kakitangan KHSB pada Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat KHSB di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pada Jumaat.
Amirudin (tengah) bergambar bersama kakitangan KHSB pada Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat KHSB di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) menjenamakan semula identiti korporatnya bagi meremajakan identiti dan memantapkan budaya korporat seiring perubahan masa.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penjenamaan semula KHSB itu dapat meningkatkan keyakinan pembeli rumah terhadap reputasi KHSB selain kesinambungan pembangunan ekonomi negeri.

“Besar harapan saya agar penjenamaan semula ini menjadi salah satu daripada kesinambungan pembangunan ekonomi seperti direncanakan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Pada masa sama dapat menjulang nama Selangor sebagai peneraju kediaman mampu milik yang menerapkan ciri-ciri kelestarian alam sekitar demi manfaat lebih tujuh juta rakyat,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini pada Jumaat.

Amirudin ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini pada Jumaat.
Amirudin ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini pada Jumaat.

Penjenamaan semula termasuk pelancaran logo baharu syarikat pembangunan hartanah di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif KHSB, Rahana Abdullah.

Sementara itu, Rahana berkata, pihaknya menempuh saat sukar dan senang sepanjang 22 tahun berperanan sebagai agensi pembangunan hartanah negeri ini.

“Melangkah ke depan, KHSB bersedia menjadi pemain penting sektor pembangunan hartanah terutama perumahan mampu milik di Selangor,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Penjenamaan identiti korporat KHSB yang ditubuhkan pada 2001 itu melibatkan tujuan jenama (brand purpose) iaitu ‘Memperkasa Kehidupan dan Komuniti Berkualiti’ sejajar aspirasi dan nilai-nilai syarikat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!