Pengarah, penerbit Mentega Terbang fail semakan kehakiman larangan filem

Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, di sini pada Jumaat minggu lalu terhadap perintah larangan filem itu, sejak tiga bulan lalu.
Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, di sini pada Jumaat minggu lalu terhadap perintah larangan filem itu, sejak tiga bulan lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, di sini pada Jumaat minggu lalu terhadap perintah larangan filem itu, sejak tiga bulan lalu.

Peguam, Zaid Malek berkata, mahkamah telah menetapkan prosiding pendengaran bagi dua pihak itu selaku pemohon, pada 31 Januari tahun depan.

Zaid yang juga Pengarah badan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL) berkata, mereka memohon perintah untuk membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri, bertarikh 1 September lalu.

"Ia juga bagi pengisytiharan bahawa Seksyen 26 Penapisan Filem 2002 adalah tidak berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan tayangan dan publisiti filem indie tempatan tersebut.

Perintah itu dibuat menerusi Warta Kerajaan PU (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 dan ditandatangani oleh Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Sebelum ini, filem tersebut ditayangkan menerusi platform penstriman video telah mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.

Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap kandungan filem itu juga mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Artikel Berkaitan:

Naskhah berdurasi satu jam 44 minit itu merupakan sebuah filem bebas arahan Khairi Anwar pada tahun 2012 yang mengisahkan konflik keagamaan seorang remaja Islam, Aisyah mendalami teologi agama-agama utama lain, terutamanya persoalan hidup selepas mati.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!